dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Kempen Internet Selamat (KIS) di SK Andek Mori

2 Oktober 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 1 Oktober 2025 bersamaan hari Rabu telah berlangsungnya satu program Kempen Internet Selamat (KIS) yang diadakan di SK Andek Mori. Program KIS ini merupakan inisiatif yang diketengahkan oleh pihak MCMC dalam usaha untuk memberi kesedaran kepada komuniti khususnya pelajar sekolah akan kepentingan memahami internet secara menyeluruh. Program ini melibatkan tuan rumah SK Andek Mori sambil dihadiri oleh beberapa buah sekolah yang terlibat antaranya SK Belokok, SK Serkat, SK Seri Sinaran Chokoh, SJKC Ken Boon, SJKC Siu Woon dan SJKC Chi Mang bersama beberapa orang guru pengiring.

Seramai dua orang petugas dari NADI Tanjung Piai telah menjadi fasilitator dalam menjayakan program ini yang bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 9.00 pagi. Petugas NADI telah memberikan taklimat berkaitan dengan internet berserta paparan video bagi merancakkan taklimat yang dijalankan. Di samping itu, petugas NADI juga memberikan cenderahati kepada semua para pelajar berupa buku NADI sebagai panduan catatan dan nota. Pada akhir program, pihak NADI juga memberikan cenderamata kepada pihak tuan rumah sebagai tanda penghargaan serta program berakhir sepenuhnya pada jam 9.00 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.