dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Roadshaw Perkhidmatan Pintar NADI

9 September 2024 | Aktiviti Terkini

Petugas NADI Tanjung Piai telah menghadiri kursus jelajah Perkhidmatan Pintar NADI yang telah diadakan di Berjaya Waterfront Hotel, Johor Bahru pada 8 September 2024 sehingga 10 September 2024 iaitu selama 3 hari 2 malam. Roadshow yang memfokuskan kepada agenda pembaharuan yang bakal dilaksanakan di NADI ini sesuai dengan peredaran semasa dan kerelevanan kepada komuniti. Seramai 65 orang peserta meliputi 10 daerah telah hadir ke taklimat yang diadakan.

Berpaksikan kepada 5 Perkhidmatan Pintar NADI iaitu Pembelajaran, Keusahawanan, Kesedaran, Kesejahteraan Diri dan Inisiatif Kerajaan ini membolehkan NADI semakin rapat dengan komuniti dan sentiasa menjadi yang utama dalam memperkasakan agenda dari pihak kerajaan. Melalui taklimat yang telah diadakan, setiap petugas dari NADI telah faham akan perkhidmatan terbaru yang bakal disediakan kepada komuniti di tempat masing-masing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.