dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Pendaftaran Kanak-Kanak Tahun 1 Sesi 2025

20 Mei 2024 | Aktiviti Terkini

Petugas NADI Tanjung Piai telah menjalankan inisiatif bagi membantu melancarkan proses pendaftaran kanak-kanak Tahun 1 bagi sesi 2025 di Kompleks Penghulu Mukim Serkat. Hal ini bagi membolehkan para ibu bapa yang kurang arif mengenai kaedah pendaftaran ini boleh hadir ke kompleks penghulu sementara menunggu bangunan dan ruangan dalam NADI selesai bagi kerja-kerja membaik pulih. Sejak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mula membuka tarikh pendaftaran ke Tahun 1, NADI Tanjung Piai telah mengambil langkah inisiatif bagi membantu para ibu bapa yang tinggal di kawasan mukim Serkat.

Seramai lebih daripada 10 orang ibu bapa telah hadir ke kompleks bagi tujuan untuk dibantu melancarkan proses pendaftaran anak masing-masing. Para ibu bapa perlu membawa dokumen seperti yang diminta iaitu surat beranak, kad pengenalan, buku imunisasi, sijil nikah, bil utiliti dan telefon pintar. Pendaftaran ini akan berlangsung sehingga 30 Jun 2024 seusai dengan tarikh yang ditetapkan oleh KPM sebagai tarikh akhir pendaftaran.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.