dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Pendaftaran Lesen Perniagaan SSM

16 Januari 2024 | Aktiviti Terkini

Pengurus PEDi telah membantu seorang usahawan setempat iaitu Puan Nurliana binti Hussin untuk mendaftarkan lesen perniagaan SSM miliknya. Beliau merupakan usahawan yang tinggal di Kampung Sungai Durian dan menjalankan perniagaan berasaskan makanan segera iaitu burger dan makanan tradisional seperti bubur dan kuih-muih. Oleh yang demikian, beliau telah hadir ke PEDi dan telah diterangkan kaedah untuk mendaftarkan lesen SSM yang baru memandangkan lesen SSM beliau yang lama sudah tamat tempoh dan tidak boleh diperbaharui.

Puan Nurliana juga perlu menjalani sesi janji temu menggunakan panggilan video secara Whatsapp dengan perlu mengemukakan butiran peribadi seperti kad pengenalan dan nama emel. Setelah selesai menjalani panggilan video janji temu, maka Puan Nurliana telah mendaftarkan perniagaan beliau menggunakan nama NH DKampung Enterprise di portal Ezbiz. Pendaftaran ini berlangsung selama satu jam bermula jam 11.00 dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.