Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) bersama Pelajar SK Seri Sinaran Chokoh
16 Disember 2024 | Aktiviti TerkiniPada 15 Disember 2024 iaitu hari ahad telah berlangsungnya satu taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) bersama pelajar SK Seri Sinaran Chokoh. Seramai lebih 100 orang murid termasuk guru-guru sekolah telah menghadiri taklimat yang diadakan di dewan terbuka sekolah. Petugas NADI Tanjung Piai telah memberikan taklimat berpaksikan kepada Safe & Shield iaitu Keselamatan Internet kepada semua pelajar dan guru. Taklimat ini berlangsung selama satu jam bermula 9.00 pagi dan berakhir pada jam 10.00 pagi. Pelbagai paparan telah diterangkan semasa taklimat iaitu NADI Tiny-Techies, Maxis eKelas dan hebahan perkhidmatan di NADI.
Seusai taklimat, para petugas telah menjalankan sesi soal jawab dan permainan kuiz kepada semua peserta yang terlibat di samping sesi bergambar dan penyampaian cenderahati. Selain dapat beramah mesra dengan para guru sekolah, petugas NADI juga dapat membuah hebahan secara khusus mengenai konsep NADI yang kini berpaksikan kepada 5 tonggak utama dalam kebolehcapaian. Pihak sekolah juga berharap agar sesi perkongsian KDB ini boleh terjalin dan diteruskan pada masa mendatang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: