Webinar x Cybersecurity
14 Disember 2024 | Aktiviti TerkiniPada 13 Disember bersamaan hari jumaat telah berlangsunya satu taklimat webinar keselamatan siber yang memfokuskan kepada tajuk Jejak Siber - Mengenal Serangan Dunia Maya melibatkan 5 orang peserta dari NADI Tanjung Piai. Taklimat yang berlangsung secara dalam talian ini bermula pada jam 3.30 petang sehingga 5.00 petang di Kompleks Penghulu Mukim Serkat.
Kesemua peserta yang menyertainya adalah dalam kalangan ahli NADI dan merupakan pelajar sekolah menengah berusia 15 tahun. Setiap peserta yang menyertai webinar ini akan mendapat sijil penyertaan secara percuma. Webinar yang memfokuskan kepada aspek keselamatan siber ini amat bermanfaat kepada peserta yang menyertainya dalam usaha untuk memberi kefahaman secara menyeluruh mengenai bahana siber di internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: