dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Pendaftaran Lesen Perniagaan SSM

22 April 2024 | Aktiviti Terkini

Pengurus NADI telah membantu Puan Siti Samsidah binti Mohd Ali untuk mendaftarkan lesen perniagaan SSM milik beliau. Beliau telah menghubungi Pengurus NADI untuk dibantu bagi melancarkan proses pendaftaran lesen perniagaan secara dalam talian menggunakan portal Ezbiz. Oleh yang demikian, beliau telah diminta untuk membuat proses janji temu terlebih dahulu dengan perlu mengemukakan maklumat butiran peribadi seperti kad pengenalan, surat beranak, nama emel sehingga ke nama perniagaan.

Puan Samsidah merupakan usahawan yang menjalankan perniagaan menjual kek secara kecil-kecilan dan beliau memaklumkan ingin memperolehi lesen perniagaan SSM agar perniagaan beliau lebih dipercayai dan diyakini oleh pelanggan. Selain mendapat sedikit penerangan daripada pengurus NADI mengenai lesen SSM, beliau turut diterangkan tentang beberapa geran atau bentuk bantuan yang mungkin boleh dimohon selari dengan jenis perniagaan sedang dijalankan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.