dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Menaip Surat Rasmi

14 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

Pengurus PEDi telah membantu seorang penduduk setempat iaitu Encik Mohd Faizal bin Sohot bagi membuat surat rasmi bagi tujuan berhenti kerja. Beliau mengakui agak kurang mahir mengenai format dan tatacara membuat surat rasmi sedemikian disebabkan beliau telah memperolehi peluang bekerja di tempat yang lain. Oleh yang demikian, Pengurus PEDi telah membantu Encik Mohd Faizal mengenai kaedah yang betul bagi membuat sesuatu surat rasmi bertujuan sebagai pemakluman pemberhentian kerja di syarikat semasa.

Bermula dengan pengenalan terhadap format surat rasmi kemudian Encik Mohd Faizal diarahkan untuk menaip alamat kediaman dan alamat majikan sebelum pergi ke arah tajuk dan rangka ayat. Bimbingan yang diberikan membolehkan Encik Mohd Faizal faham akan kaedah untuk membuat sesuatu surat carian rasmi khususnya bahkan membolehkannya memperolehi sesuatu ilmu yang baru. Kehadiran beliau pada jam 9.45 pagi berakhir pada jam 10.45 pagi iaitu selama satu jam.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.