dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Shopee Bersama Usahawan

25 Mac 2023 | Aktiviti Terkini

Pada hari jumaat telah bersambung kembali kelas shopee bersama usahawan baru PEDi Tanjung Piai iaitu adik Nabilah Matsafi. Penolong Pengurus PEDi telah mengajar beliau mengenai elemen-elemen yang terdapat di dalam Shopee yang boleh divariasikan khususnya untuk produk perniagaannya. Adik Nabilah telah ditunjuk ajar mengenai aplikasi Canva dalam usaha untuknya mencantikkan reka bentuk gambar di dalam akaun shopee miliknya.

Selain itu, penolong pengurus PEDi telah menunjukkan beliau cara membuat voucher ketika live Shopee dan kaedah untuk meminda maklumat jualan. Tambahan, adik Nabilah turut diajar mengenai cara untuk menghebahkan link shopee kedai beliau khususnya di platform atas talian seperti FB dan Whatsapp. Beliau juga dinasihatkan agar tidak malu untuk mempromosikan produk perniagaan di mana-mana platform yang boleh mendatangkan keuntungan kepadanya agar ramai pengguna boleh melihat kedainya di shopee.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.