dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Pendaftaran Lesen SSM Melalui SPPP Siri Kedua Puluh Tujuh

13 Mac 2023 | Aktiviti Terkini

Pengurus PEDi telah membantu seorang usahawan tempatan iaitu Encik Muhamad Faizal bin Mohd Ghazali untuk mendaftarkan lesen perniagaan milik beliau. Beliau telah menghubungi Pengurus PEDi untuk membantu mendaftarkan secara dalam talian memandangkan beliau mempunyai kekangan masa untuk ke pejabat negeri SSM di Johor. Oleh yang demikian, beliau telah diterangkan mengenai kaedah untuk mendaftarkan lesen SSM dengan perlu membuat janji temu terlebih dahulu.

Setelah selesai janji temu yang ditetapkan, Encik Faizal perlu melengkapkan butiran peribadi yang lain seperti memasukkan nama perniagaan, alamat perniagaan, maklumat emel sehingga butiran jenis perniagaan. Perniagaan beliau didaftarkan dengan nama Faizal Ghazali Enterprise. Encik Muhamad Faizal merupakan antara usahawan yang merebut peluang untuk mendaftarkan lesen SSM beliau melalui Skim Pendaftaran Perniagaan (SPPP).

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.