dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Kemerdekaan Berteraskan Digital

27 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Satu program kemerdekaan berteraskan digital telah diadakan di PEDi Tanjung Piai dengan kerjasama JPKK Tanjung Piai Kawasan 8 Mukim Serkat. Program yang diadakan sempena merdeka ini berlangsung pada 26 Ogos 2023 bersamaan hari sabtu melibatkan dua orang petugas PEDi dan 18 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah. Antara pengisian yang dijalankan adalah Google Jamboard Kemerdekaan, Mewarna Bendera Malaysia menggunakan aplikasi Canva, Pertandingan Augmented Reality (AR) dan Kuiz Kemerdekaan Digital.

Program bermula pada jam 2.00 dengan dimulai dengan jamuan minuman ringan kepada semua para peserta yang terlibat sebelum acara pertama iaitu Google Jamboard bermula pada jam 2.30 petang. Pada jam 3.00 petang kesemua para peserta perlu mewarna gambar bendera Malaysia menggunakan aplikasi Canva sebelum ke peringkat kuiz kemerdekaan secara digital. Seterusnya, para peserta perlu mewarna kesemua lukisan yang bercorak Malaysia Madani untuk pertandingan Augmented Reality (AR) 3D. Kemuncak program berakhir pada jam 5.00 petang melalui hadiah penyampaian berupa cenderamata dan sijil oleh Tok Mohd Safuan bin Sahimi selaku Ketua Kampung Tanjung Piai dan bergambar bersama bendera Malaysia.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.