dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2023 Kampung Tanjung Piai

21 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini

Majlis Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan dengan jayanya di Kampung Tanjung Piai pada 20 Oktober 2023. Sambutan pada kali ini melibatkan kerjasama AJK Surau Kampung Tanjung Piai, JPKK Kampung Tanjung Piai dan PEDi Tanjung Piai. Pelbagai pengisian yang telah direncanakan oleh pihak surau dalam usaha untuk mewarnai acara sambutan pada kali ini. Antaranya pertandingan hafazan, pertandingan azan, tulisan jawi dan acara mewarna. Kesemua acara ini melibatkan peringkat umur dan kategori bagi para peserta yang terlibat.

Majlis sambutan dimulakan pada jam 2.00 petang dengan ketibaan para peserta sehingga jam 5.00 petang bagi kesemua acara yang dipertandingkan. Seterusnya bagi ceramah Maulidur Rasul telah dimulakan seusai maghrib iaitu pada jam 7.30 malam diikuti solat isyak secara berjemaah dan jamuan. Hampir 200 orang telah hadir ke Surau Tanjung Piai dalam usaha bersama untuk memperingati junjungan Nabi Muhammad SAW.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.