dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Webinar Akses Pembiayaan TEKUN Nasional Siri 2/2023

23 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Ogos 2023 telah diadakan webinar untuk siri yang kedua berkaitan Akses Pembiayaan TEKUN Nasional bersama PEDi bagi tahun 2023. Webinar ini bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir sepenuhnya pada jam 11.30 pagi. Seorang usahawan PEDi Tanjung Piai telah mengikuti webinar yang dianjurkan iaitu Cik Nabilah binti Matsafi bersama dengan Pengurus PEDi. Taklimat yang disampaikan oleh Puan Humairah binti Junaidi dari agensi TEKUN ini berpaksikan kepada skim pembiayaan yang tertakluk di bawah TEKUN serta beberapa penerangan yang lain.

Webinar sedemikian amatlah bermanfaat khususnya buat para usahawan untuk membuat pinjaman kepada pihak TEKUN selain dapat memahami peranan agensi berkenaan secara lebih mendalam. Antara Skim pinjaman yang ditawarkan adalah Skim Pembiayaan Bekas Penjawat Keselamatan (SPEK), Program Pembangunan Usahawan Siswazah (PPUS), Skim Pembiayaan Industri Sukan, Skim Pembiayaan Masyarakat Orang Asli (SPORA) dan Skim Pembiayaan OKU (SP-OKU).

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.