dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Asas Dance Mat Typing Siri Kedua

20 Mei 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Mei 2023 bersamaan hari jumaat, kelas pembelajaran asas Dance Mat Typing kembali diadakan untuk siri yang kedua. Namun, pada kali ini kelas yang diadakan bermula pada jam 3.00 petang sehingga 5.00 petang ini telah dihadiri oleh dua orang pelajar yang masih diketuai oleh pelajar yang sama iaitu adik Nasrullah Asyraf bin Mohd Hishamudin dan terbaru adik Muhammad Akif Faris bin Razmi. Kedua-duanya merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Serkat berusia 11 tahun dan 12 tahun.

Kelas berjalan dengan santai memandangkan kedua-duanya ingin memahirkan jari di papan kekunci dan memahamkan pengajaran yang diajar oleh Pengurus PEDi. Kedua-duanya akan menjalani beberapa peringkat demi peringkat dalam kelas berkenaan sehingga mereka memasuki peringkat akhir. Kelas ini bukan sahaja menarik perhatian para pelajar akan tetapi membuatkan kelas berada dalam persekitaran menarik dan menyeronokkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.