dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Asas Multimedia Canva

13 Mac 2023 | Aktiviti Terkini

Pengurus PEDi telah mengadakan satu kelas asas multimedia canva bersama Tok Penghulu Mukim Serkat yang baru iaitu Mohd Nor Hazam bin Md Jaiz. Tok Hazam telah hadir ke PEDi Tanjung Piai pada 12 Mac 2023 bersamaan hari ahad pada jam 2.30 petang sehingga 4.30 petang. Tujuan beliau adalah untuk meminta tunjuk ajar mengenai slaid pembentangan iaitu Power Point di dalam aplikasi Canva.

Memandangkan ini kali pertama, Tok Hazam ingin mempelajari Canva, maka beliau diarahkan untuk mendaftarkan akaun terlebih dahulu menggunakan emel peribadi beliau secara percuma. Seterusnya, beliau diterangkan tentang kaedah dan aplikasi yang terkandung di dalam Canva beserta dengan pelbagai rekaan yang boleh dipilih. Elemen-elemen yang terkandung di dalam aplikasi berkenaan telah ditelusuri oleh Tok Hazam dalam usaha untuk beliau memahami secara terperinci mengenai aplikasi multimedia ini. Slaid pembentangan yang perlu beliau laksanakan adalah mengenai carta organisasi, program dan aktiviti menarik di Mukim Serkat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.