dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Permohonan Geran dan Insentif Keusahawanan

17 April 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 16 April 2023 bersamaan hari ahad, Pengurus PEDi telah membantu seorang usahawan tempatan iaitu Encik Mohd Najib bin Abdul Hamid untuk memohon satu geran usahawan dan dua insentif program keusahawanan yang dikelolakan oleh pihak Perbadanan Usahawan Johor (PUJB). Encik Mohd Najib telah berminat untuk memohon tawaran sedemikian setelah mendapat nasihat dari kakitangan PEDi. Encik Mohd Najib atau lebih mesra disapa dengan panggilan Pak Ajib merupakan seorang usahawan yang menjalankan perniagaan berasaskan runcit dan perkhidmatan.

Geran yang dipohon adalah geran berupa pemasaran Jelajah Usahawan Johor yang membolehkan Pak Ajib sekiranya beliau layak akan membuatkan perniagaannya dipromosi dalam bentuk video dokumentari interaktif. Manakala, dua insentif keusahawanan yang dipohon adalah insentif pembukaan akaun syarikat dan insentif pendaftaran status pensijilan PMKS. Permohonan dijalankan selama satu jam bermula jam 10.00 pagi sehingga 11.00 pagi dan berjalan dengan lancar memandangkan Pak Ajib membawa kesemua dokumen sokongan yang diperlukan seperti kad pengenalan dan salinan sijil SSM.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.