dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

E-Pembelajaran Kelas Bahasa Melayu Tingkatan 5 SPM

25 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

Adik Muhammad Aiman bin Mohd Azrin merupakan pelajar Tingkatan 5 dari SMK Sri Kukup. Beliau merupakan pelajar yang akrab dengan PEDi Tanjung Piai khususnya untuk mengikuti siri pembelajaran yang diadakan bersama Pengurus PEDi. Kelas yang beliau ikuti adalah pembelajaran subjek bahasa Melayu bermula pada jam 10.30 pagi sehingga 1.00 petang. Beliau kerap kali meminta bimbingan, pandangan dan pendapat dari Pengurus PEDi khususnya ketika beliau ingin menghadapi peperiksaan SPM yang bakal menjelma.

Oleh yang demikian, Pengurus PEDi telah memberikan latihan berbentuk pengajaran kepada beliau mengenai aspek kefahaman tatabahasa, pengolahan ayat, mencari kesalahan bahasa dalam ayat sehingga kepada kefahaman bahasa Melayu klasik. Penekanan kepada aspek sedemikian amat penting bagi adik Aiman agar latihan yang diberikan menjadi batu asas kepadanya untuk menguasai bahagian B karangan SPM kelak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.