dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Pendaftaran Lesen Perniagaan SSM

22 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Disember 2023, Pengurus PEDi telah membantu seorang usahawan tempatan yang tinggal di kawasan Kukup untuk mendaftarkan lesen perniagaan SSM beliau. Beliau telah menghubungi pengurus PEDi pada jam 8.00 malam dalam usahanya untuk menyiapkan lesen perniagaan SSM beliau secepat yang mungkin. Hal ini demikian kerana, beliau ingin membuka akaun bank perniagaan dalam usahanya untuk memantapkan lagi perniagaan yang bakal dijalankan. Beliau ialah Encik Mohd Sauzi bin Mohd Taha Gee berusia 27 tahun yang merupakan usahawan yang menjalankan perniagaan burung walit.

Oleh yang demikian, Pengurus PEDi telah membantu untuk mendaftarkan lesen SSM beliau di dalam talian dengan perlu mengemukakan nama perniagaan, jenis perniagaan, alamat perniagaan sehingga kepada kaedah pembayaran. Beliau ingin mendaftarkan perniagaan beliau dengan nama Taha Jiee Enterprise. Selain dapat menjadikan beliau ahli PEDi yang baru, beliau turut diterangkan mengenai fungsi PEDi secara amnya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.