dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Sesi Taklimat Pendaftaran Perniagaan Kepada Usahawan

24 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Satu sesi taklimat berkaitan pendaftaran perniagaan kepada usahawan telah diadakan oleh pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 23 Ogos 2022 jam 2.30 sehingga 3.30 petang. Taklimat ini telah dikelolakan oleh pihak SSM dengan bantuan kerjasama dari semua usahawan khususnya dari PEDi. Taklimat ini memfokuskan kepada tatacara dan panduan mengenai Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) yang sedang giat dijalankan.

Webinar yang dijalankan menggunakan platform Microsoft Teams ini telah dihadiri oleh lebih 300 usahawan termasuk dalam kakitangan PEDi. SPPP ini juga merupakan salah satu inisiatif yang telah diketengahkan oleh pihak SSM dalam usaha untuk membantu usahawan dalam golongan B40, pelajar IPT sepenuh masa dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) untuk mendapatkan lesen perniagaan SSM secara percuma.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.