dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Pendaftaran SPA9

13 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pengurus PEDi Tanjung Piai telah membantu seorang pelajar lepasan SPM iaitu adik Muhammad Hamizan bin Hishamudin berusi 18 tahun untuk mendaftarkan akaun bagi tujuan kemasukan kerja ke sektor kerajaan iaitu SPA9. Beliau mengakui bahawa beliau kurang arif dalam memohon segala jenis transaksi secara atas talian dan tidak tahu akan kaedah memohon kerja dalam SPA9 memandangkan sebelum ini SPA8 telah mengalami perubahan. Beliau yang merupakan pelajar lepasan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kukup ingin memohon awal pekerjaan dalam sektor kerajaan memandangkan faktor persaingan dan pengambilan yang agak lama.

Justeru, Pengurus PEDi telah mengajar dan menujukkan beliau kaedah yang betul dalam proses permohonan di SPA9. Bermula dengan daftar akaun terlebih dahulu sebelum mengisi butiran peribadi dan maklumat keputusan persekolahan. Seterusnya, beliau diarahkan untuk memilih bidang kerja yang sesuai dengan minat beliau berpandukan gred 11 sehingga 19. Pendaftaran ini berlangsung selama satu jam bermula jam 4.30 petang sehingga selesai proses percetakan slip permohonan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.