dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Pembaharuan Lesen Perniagaan SSM Melalui Portal EzBiz

19 April 2022 | Aktiviti Terkini

Pengurus PEDi Tanjung Piai telah membantu seorang usahawan tempatan yang tinggal di Kampung Sungai Durian iaitu Puan Rabar’al binti Ahmad bagi tujuan memperbaharui lesen perniagaan SSM miliknya. Beliau telah menghubungi Pengurus PEDi pada 18 April 2022 iaitu pada hari isnin berhubung dengan pembaharuan lesen berkenaan. Memandangkan beliau belum mempunyai akaun Ezbiz, maka Pengurus PEDi membantu beliau dengan memperbaharui lesen SSM secara atas talian dengan meminjam akaun Ezbiz melalui rakannya.

Beliau ingin memperbaharui lesen perniagaannya selama dua tahun beserta maklumat perniagaan dengan bayaran sebanyak RM 70.00. Hal ini demikian kerana, lesen perniagaan beliau telah tamat tempoh pada 17 April 2022. Pembaharuan melalui portal Ezbiz mengambil masa hanya lebih kurang 15 minit sahaja tanpa perlu ke pejabat SSM secara bersemuka. Puan Rabar’al mendaftarkan perniagaan beliau menggunakan namanya sendiri iaitu secara personal name dan secara tidak langsung membolehkan beliau mendaftar sebagai ahli PEDi yang baru.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.