dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Pendaftaran Lesen Perniagaan SSM Melalui SPPP Siri Kelima Belas

6 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pengurus PEDi Tanjung Piai telah meneruskan agenda untuk membantu usahawan dalam kalangan B40 untuk mendaftarkan lesen perniagaan SSM melalui Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) secara percuma. Usahawan yang terlibat ialah Encik Nurul Azrin bin Ahmad Daud. Beliau merupakan usahawan yang tinggal di Kampung Chokoh bernaung di bawah Mukim Serkat yang menjalankan kerja-kerja pendawaian elektrik dan pemasangan penyejuk udara dari rumah ke rumah. Oleh yang demikian, memandangkan beliau ingin menubuhkan satu syarikat khas untuk perniagaannya yang semakin hari menunjukkan permintaan tinggi maka beliau berhasrat untuk memperoleh lesen SSM sebagai peringkat awal.

Oleh itu, beliau telah hadir ke PEDi Tanjung Piai untuk dibantu bagi proses pengaktifan akaun terlebih dahulu sebelum meneruskan kepada proses janji temu bersama pegawai SSM. Encik Azrin telah diterangkan secara terperinci mengenai SPPP yang selama ini belum beliau ketahui akan kewujudan dan fungsinya. Maklumat dan dokumen peribadi telah diberikan sebagai langkah awal memulakan pendaftaran. Temu janji beliau telah ditetapkan iaitu pada 20 Julai dan proses pendaftaran ini memakan masa selama satu jam. Secara tidak langsung membolehkan Encik Azrin didaftarkan sebagai ahli PEDi Tanjung Piai yang baru.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.