dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Menaip Dance Mat Typing Siri Kedua

16 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

Pada hari sabtu tanggal 15 Mei 2021 bersamaan dengan Hari Raya ketiga Aidilfitri, Pusat Ekonomi Digital Komuniti Tanjung Piai telah mengadakan kelas menaip Dance Mat Typing untuk siri yang kedua. Kelas menaip ini dihadiri seramai lima orang pelajar Darjah 5 Sekolah Rendah Kebangsaan Serkat. Nama pelajar yang terlibat ialah Ahmad Aizat Aiman Tamimi, Amirul Hafiz Suhaidi, Muhammad Hazriq Zulkifli, Muhammad Azannudin Zulkifli dan Muhammad Syukri Ammar Hishamudin.

Kelas yang dianjurkan pada kali ini berlangsung selama dua jam iaitu pada pukul 2.30 petang sehingga 4.30 petang. Meskipun berada dalam keadaan norma baharu sempena PKP 3.0, PIK Tanjung Piai sentiasa komited dalam menjaga kesihatan para pelajar dengan mengamalkan Prosedur Operasi Standard (SOP). Para pelajar diwajibkan untuk memakai pelitup muka, menjaga penjarakan fizikal, elakkan bersalam, penggunaan hand-sanitizer dan cek suhu badan. Kelas menaip yang dianjurkan amat menarik memandangkan pengajarannya digabungkan dengan elemen animasi bercorak kartun yang bersesuaian dengan cita rasa dan kehendak para pelajar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2021 Semua Hakcipta Terpelihara.