dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Asas Pengenalan Pembukaan Akaun E-Dagang (Shopee) Siri Kedua

24 Julai 2021 | Aktiviti Terkini

Pengurus dan penolong pengurus PIK Tanjung Piai telah hadir ke kediaman usahawan utama kami iaitu Encik Mohd Iman bin Yahya pada sebelah malam iaitu pada hari sabtu. Tujuannya adalah untuk mendaftarkan akaun perniagaannya berkonsepkan E-Dagang iaitu Shopee. Beliau telah dibimbing oleh Penolong Pengurus PIK dari segenap aspek bermula pembukaan akaun, pemilihan nama kedai, gambar, logo, bingkai sehingga ke iklan penjualan ke dalam akaun Shopee. Sesi perjumpaan diadakan secara bersemuka kerana Encik Mohd Iman merasakan pengajaran secara fizikal lebih senang untuk beliau fahami berbanding atas talian.

Permintaan ini tidak mendatangkan masalah kepada kakitangan PIK memandangkan kediaman Encik Mohd Iman hanya terletak berhadapan dengan lokasi PIK Tanjung Piai. Pengajarannya berlangsung selama hampir 3 jam iaitu pada jam 8 malam sehingga 11 malam. Pembukaan akaun Shopee ini juga amat penting memadangkan beliau ingin mencuba platfom yang menjadi pilihan ramai pengguna di Malaysia selain di FB, Instagram dan Whatsapp. Secara tidak langsung juga membolehkan Encik Mohd Iman menjadi penjual dan pembeli di platform E-Dagang berkenaan. Nama perniagannya di Shopee adalah Iman_Dende Bundle. Link perniagaan Shopee beliau boleh diakses melalui: mohdimanyahya

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2021 Semua Hakcipta Terpelihara.